
Pelajar maut tercampak tujuh meter
ALOR GAJAH 4 Jan – Seorang pelajar GiatMARA maut dipercayai tercampak sejauh tujuh meter dari motosikal ditunggangnya selepas merempuh sebuah kereta dalam kemalangan di simpang tiga Taman Kuala Permai, di sini pagi tadi.
Dalam kemalangan 8.30 pagi, Muhammad Syazwan Sabahrudin, 22 yang menunggang motosikal jenis MODENAS maut di lokasi kejadian manakala pemandu kereta jenis PROTON Persona tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 8.55 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dalam perjalanan dari arah Pasir Panjang menghala ke Melaka manakala kereta dipandu lelaki berusia 37 dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Port Dickson.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian kereta terbabit membelok ke kanan untuk ke kedai makan.
“Bagaimanapun, ketika membelok, mangsa yang datang dari arah bertentangan merempuh bahagian hadapan kereta tersebut.
“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak kira-kira tujuh meter sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Arshad berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Views:
Related


Berita Lain
PEMAJU DIBERI TEMPOH SEBULAN BAIKI TEBING RUNTUH
KLEBANG 9 April - Pemaju projek di Jalan Klebang - Melaka Raya diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah tebing runtuh...
HARGA SANTAN DI MELAKA TIDAK LEBIH RM17 SEKILOGRAM
PENGKALAN BATU 9 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memaklumkan penetapan harga maksima jualan...
ANGKAT KEUNIKAN SENI TULISAN TANGAN DI MUZIUM SASTERA
BANDA HILIR 9 April - Tulisan tangan pengarang atau penulis dicadang untuk diletakkan bersama setiap buku dan karya asli yang...
MPJ LUPUS PAPAN TANDA USANG, GIAT INDAHKAN JASIN
JASIN 9 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) giat memperindah dan membersihkan kawasan pentadbirannya di sekitar Jasin. Yang Dipertua Majlis...
AIDILFITRI: JPJ MELAKA TERIMA 183 ADUAN KESALAHAN JALAN RAYA
MELAKA, 9 April - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menerima 183 aduan berkaitan kesalahan pengguna jalan raya sepanjang Operasi Sepadu...
JALAN BAHARU 3KM HUBUNGKAN TIGA KAMPUNG DI MASJID TANAH
AYER LIMAU 9 April - Sebuah jalan baharu dari Kampung Paya Lebar ke Kampung Lubok Redan dan Kampung Pulau, Masjid...