
Rumah Seram Melaka dijangka dibuka Mei 2021
SERI NEGERI 4 Jan. – Melaka memperkenalkan satu lagi tarikan pelancongan baharu yang diberi nama Rumah Seram Melaka dijangka akan dibuka bermula Mei 2021.
Tarikan pelancongan berunsur mistik atau rumah seram itu bakal dibina di perkarangan Menara Taming Sari melalui hasil usahasama anak syarikat kerajaan negeri Melaka Taming Sari Berhad dengan sebuah syarikat swasta, RBA Risk Advisors Sdn Bhd dengan nilai pelaburan RM21 juta.
Majlis perjanjian dan menandatangani memorandum persefahaman itu telah diadakan di Pejabat Ketua Menteri, di Seri Negeri, di sini, hari ini yang turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Hasim Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis; Pengarah MOTAC Melaka Yeow Chin Chai dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Sa’ari Basiron.
- Artikel Berkaitan: Rumah Seram Melaka sasar 300,000 pengunjung
Views:
Related

Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...