
91 pencawang elektrik di Pahang dan Johor ditutup sementara
KUALA LUMPUR 3 Jan. – Berikutan situasi banjir dan hujan lebat berterusan di Negeri Pahang dan Johor, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup 91 pencawang elektrik di dua negeri tersebut, menurut sumber portal Astro Awani.
TNB menerusi satu kenyataan petang tadi memaklumkan, setakat jam 6 petang, 67 pencawang elektrik di Jengka, Maran, Jerantut dan Raub, Pahang serta 24 lagi pencawang di Johor Bahru, Kulai, Johor Jaya, Kota Tinggi dan Kluang, Johor telah dihenti tugas bagi tujuan keselamatan.
“Penyambungan semula bekalan elektrik secara kekal atau sementara hanya akan dibuat selepas keadaan dipastikan selamat.
“Seramai 2,300 pengguna di Pahang dan 3,900 pengguna di Johor masih belum mendapat semula bekalan elektrtik setakat ini,” katanya menerusi kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, TNB turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati mengendalikan peralatan elektrik sewaktu musim banjir selain menghubungi TNB Careline di talian 15454 sekiranya berlaku pemindahan atau kerosakan.
Sementara itu, TNB turut menubuhkan Bilik Gerakan TNB bagi kedua-dua negeri tersebut bagi memastikan bantuan pengurusan banjir yang berkesan.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
KUALA LUMPUR 7 April - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang...
WANITA WARGA EMAS RENTUNG, 16 RUMAH SETINGGAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BINTULU
BINTULU 7 April - Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan 16 rumah setinggan di tepi Sungai Plan,...
LELAKI DITAHAN, BANTU SIASATAN KES PUKUL JIRAN WARGA EMAS
AYER KEROH 7 April - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa bertindak memukul seorang warga emas yang juga jirannya dalam...
MBMB ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
BANDA HILIR 7 April - Sebanyak 200 belon diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Jam Besar Banda Hilir sebagai simbolik...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...