UTeM rekod lebih RM195,000 jualan nombor plat eksklusif
DURIAN TUNGGAL 1 Jan. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merekodkan sejumlah RM195,160 hasil jualan terkumpul nombor plat eksklusifnya setakat hari ini.
Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UTeM, Tan Sri Dr. Ahmad Tajudin Ali berkata, jumlah itu menjadikan sebanyak 100 unit nombor plat eksklusif dalam kategori silver dan bronze telah dijual.
“Manakala bagi sesi bidaan kategori platinum, diamond dan gold bermula 2 Januari ini (Sabtu) sehingga 7 Januari melalui sistem ebida UTeM iaitu ebida.utem.edu.my.
“Tawaran bidaan terbuka kepada semua pihak termasuk industri, agensi kerajaan, alumni UTeM, staf dan pelajar serta masyarakat umum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Penggunaan Nombor Plat Eksklusif UTeM di Kampus Induk UTeM hari ini.
Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam.
Jelasnya, orang ramai diharap dapat melaksanakan bidaan harga sebaik-baiknya supaya nombor plat eksklusif UTeM diidamkan dapat dimiliki.
“Inisiatif ini sekali gus mengurangkan bajet mengurus UTeM sebanyak 56 peratus pada suku ketiga tahun 2020 dan sembilan peratus bagi suku keempat 2020,” katanya.
Hadir sama, Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim dan lain-lain kenamaan.
Views:
Related
Berita Lain
JENAZAH DUA PELAJAR UTEM SELAMAT DIKEBUMIKAN
AYER KEROH 27 Disember - Jenazah dua pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Aziz...
INISIATIF SATU PBT SATU AMBULANS
SERI NEGERI 27 Disember - Perkhidmatan satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), satu ambulans akan dilaksanakan di negeri ini bagi menyokong...
BAJET MELAKA 2025: JUALAN RAHMAH AKAN DIADAKAN DUA KALI SEBULAN DI SETIAP DUN
SERI NEGERI 27 Disember - Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan...
MELAKA BANTU BANGUNKAN INDUSTRI LEBAH KELULUT, HERBA DAN REMPAH RATUS
SERI NEGERI 27 Disember - Industri lebah madu atau kelulut, cendawan serta industri herba dan rempah ratus menjadi antara sektor...
SUKARELAWAN GENG 04 ATAU 30
SERI NEGERI 27 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mempelawa semua rakyat Melaka menyertai sukarelawan Geng...
LIMA TAPAK RV DISEDIAKAN TAHUN HADAPAN
SERI NEGERI 27 Disember - Lima tapak 'Recreational Vehicles' (RV) atau Kenderaan Rekreasi disediakan pada tahun hadapan bagi memudahkan dan...