
Covid-19: Perlumbaan Grand Prix F1 Singapura 2020 dibatalkan
SINGAPURA 13 Jun — Perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) 2020 Singapura yang dijadualkan pada 20 Sept ini, dibatalkan susulan penularan wabak Covid-19.
GP Singapura dalam laman web semalam mengatakan pembatalan perlumbaan malam itu berikutan sekatan berterusan terhadap aktiviti pembinaan dan perniagaan disebabkan pandemik Covid-19.
Menurut penganjur, susulan sekatan berkenaan, kerja pembinaan litar perlumbaan dalam bandar yang biasanya bermula pada bulan Mei, tidak dapat dilaksanakan tepat pada waktu untuk perlumbaan yang dijadualkan pada bulan September ini.
“Beberapa bulan lepas adalah sangat mencabar untuk semua bidang, dan sekarang kami telah membuat keputusan sukar, yang diterima oleh Formula 1 dan pihak berkepentingan,” kata Timbalan Pengerusi GP Singapura Colin Syn.
Syn berkata kesihatan serta keselamatan kontraktor dan pekerja, penonton, kru F1, petugas dan marshall menjadi keutamaan pihaknya buat masa ini.
GP Singapura akan menawarkan pilihan untuk mengembalikan wang dalam tempoh 30 hari bekerja, atau boleh digunakan untuk perlumbaan tahun hadapan.
Pemegang tiket boleh menghubungi penganjur untuk langkah seterusnya manakala mereka yang membeli tiket menerusi penjual tiket yang sah SGP, boleh menghubungi pihak berkenaan untuk bayaran balik.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
AMALKAN SUNNAH PASTI BEROLEH KEJAYAAN
TANJUNG BIDARA 20 April - Lebih ramai beliau disarankan supaya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan memanah yang juga...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...