
Neelofa jawab spekulasi jam 8 malam ini
KUALA LUMPUR 27 Dis. – Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa akan menjawab segala spekulasi yang dikaitkan dengannya sekitar jam 8 malam ini.
Pengurusnya Shawn Amer berkata, bagaimanapun ketika ini Neelofa memohon diberikan sedikit ruang.
“Saya ada bersama Neelofa ketika ini. Alhamdulillah, dia berada dalam keadaan baik dan tenang.
“Pihak kami akan menyiapkan kenyataan rasmi dan diedarkan kepada rakan-rakan media sebentar lagi,” katanya ringkas seperti dilaporkan portal Harian Metro hari ini.
Bekas pengacara MeleTOP itu dijangka mengeluarkan kenyataan media sekitar jam 8 malam ini.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan berada dalam keadaan yang tidak baik.
Ia susulan beberapa foto tangkap layar Instagram Story adik-beradik Neelofa yang tular, sejak semalam.
Apa yang mencuri perhatian, foto merisik PU Riz dan Neelofa khabarnya sudah dipadamkan daripada Instagram.
Ibu dan adik-beradik personaliti popular itu juga dikatakan sudah tidak mengikuti PU Riz atau nama sebenarnya Hariz Ismail di media sosial.
Views:
Related
Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...