
Dua beradik sesat ketika mendaki Bukit Beruang
AYER KEROH 27 Dis. – Dua beradik masing-masing berusia 37 dan 28 tahun terperangkap di dalam hutan selama lebih tiga jam ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Beruang, hari ini.
Kedua-dua mereka yang mula mendaki kira-kira jam 10 pagi tadi bagaimanapun diselamatkan sepasukan bomba selepas menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 1.18 petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penguasa Bomba Muhamad Talib, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 1.11 petang dan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk menyelamatkan dua beradik lelaki dan perempuan itu.
“Mangsa perempuan berumur 28 tahun, manakala abangnya berumur 37 tahun kita temui selepas kira-kira 45 minit menjalankan operasi SAR.
“Pasukan bomba kemudian membawa mangsa keluar dari kawasan hutan ke tempat selamat dan operasi ditamatkan pada jam 2.05 petang,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut beliau berkata, hasil maklumat awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai sesat ketika hendak menuruni puncak bukit.
Ujarnya, kedua-dua mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan pasukan bantuan beredar selepas memastikan dua beradik itu berada dalam keadaan selamat.
Views:
Related
Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...