Sorting by

×

KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

SERI NEGERI 29 April – Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan utama dalam daerah Alor Gajah.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, jika sebelum ini Kuala Sungai Baru diklasifikasikan sebagai pekan kecil, namun berdasarkan peningkatan jumlah penduduk dan mengambil kira pembangunan sekitar serta fungsinya sebagai pusat perniagaan statusnya dinaikkan kepada pekan.

Mengulas lanjut Rais berakta, meskipun Kuala Sungai Baru tidak mempunyai fungsi khusus dan ia kini menjadi antara lima pusat penempatan utama yang dikenal pasti bagi daerah Alor Gajah.

“Bandar Alor Gajah merupakan bandar utama daerah diikuti tiga bandar tempatan iaitu Masjid Tanah; Pulau Sebang dan Durian Tunggal.

“Manakala Kuala Sungai Baru sebagai antara bandar tempatan berdasarkan jumlah penduduknya yang tinggi mengikut hierarki pekan di bawah Simpang Ampat; Kuala Linggi; Lubok China dan Pengkalan Balak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) mengenai perancangan pembangunan di Daerah Alor Gajah dapat diselarikan dengan pembangunan di kawasan bersebelahannya pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata daerah Alor Gajah merangkumi dua kawasan pentadbiran iaitu di bawah Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

“Menerusi Rancangan Tempatan MPAG 2035, meliputi kawasan seluas 67,317.68 hektar dan daripada keluasan keseluruhan 3,500.19 hektar di mukim Durian Tunggal pula berada di bawah pentadbiran MPHTJ,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

521
Kongsi :
Previous post TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
Next post SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR