Sorting by

×

PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

SERI NEGERI 29 April – Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28 dan 29 April telah menunjukkan semangat demokrasi dengan memberi tumpuan kepada dua perkara utama.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, dua fokus itu adalah pemerkasaan ekonomi rakyat dan negeri serta penekanan kepada kesejahteraan rakyat.

Jelas beliau, dalam aspek pemerkasaan ekonomi, antara sektor yang diberi perhatian adalah pelancongan, pertanian moden dan ekonomi digital.

Manakala, aspek kesejahteraan rakyat pula, ujar beliau, mencakupi aspek kebajikan sosial, pendidikan, peluang pekerjaan dan kualiti hidup.

“Perbahasan ini memperlihatkan semangat demokrasi dengan pelbagai kepelbagaian pandangan, kritikan membina dan cadangan yang dikemukakan untuk menambah baik dasar serta pelaksanaan program Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan pentadbiran dengan mengambil maklum setiap cadangan dan teguran yang disampaikan sepanjang persidangan ini.

“Kerajaan Negeri komited untuk meneliti dan mempertimbangkan semua pandangan secara serius. Sesungguhnya, cadangan yang bijak, membina dan praktikal akan diambil kira dalam usaha merangka dasar yang terbaik demi kemajuan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari terakhir Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Bilik Tun Mutahir, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di atas ucapan perasmian sempena persidangan penggal keempat ini.

“Sesungguhnya ucapan perasmian oleh Tuan Yang Terutama Tun penuh hikmah, berpandangan jauh dan menyentuh kepentingan rakyat jelata,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

296
Kongsi :
Previous post SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
Next post 4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA