Sorting by

×

SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 29 April – Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang dijadualkan bermula September.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata kerja-kerja naik taraf tersebut akan membabitkan penggantian paip usang.

Katanya, lokasi berkaitan membabitkan persimpangan Stesen Minyak Shell Sungai Udang hingga simpang masuk ke Kem Terendak.

“Kerja-kerja penggantian paip tersebut akan menelan kos RM4.5 juta yang diiklankan pada 19 Mac dan ditutup pada 22 April lalu, jangkaan mula kerja pada pula Septemtber ini.

“Selain itu SAMB turut menaik taraf sistem agihan air di Taman Terendak Permai bagi mengatasi masalah tekanan air rendah dialami pengguna sekitar terutama pada waktu puncak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dr.Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) mengenai usaha Kerajaan Negeri dalam membina tangki air di kawasan Kem Terendak pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hameed berkata SAMB telah membina kolam takungan air bersih di Ayer Salak untuk menampung permintaan bekalan air.

“SAMB telah membina kolam takungan air bersih di Ayer Salak berkapasiti 32.3 juta liter bagi menampung permintaan bekalan air di kawasan Kem Terendak dan kawasan sekitar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

372
Kongsi :
Previous post 4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
Next post RM2.5 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK DANA KASIH NIAGA