Sorting by

×

RM2.5 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK DANA KASIH NIAGA

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

SERI NEGERI 29 April – Sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri di bawah Dana Kasih Niaga sejak 2021 sehingga 2023 bagi membantu usahawan khususnya yang berstatus mikro.

Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, peruntukan itu setakat ini sudah memberikan manfaat kepada 2,500 usahawan mikro.

Katanya, ketika diperkenalkan pada 2021, sejumlah RM1juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi memastikan kesinambungan perniagaan untuk usahawan mikro dengan nilai jualan tahunan sebanyak RM50,000 untuk bangkit semula selepas pandemik COVID-19

“Peruntukan ini kemudian diteruskan oleh Kerajaan Negeri pada 2022 dan 2023 dengan peruntukan secara ‘one-off’ kepada penerima dan ia memberi impak besar terutamanya kepada mereka yang menjalankan perniagaan makanan serta minuman.

“Peruntukan sebanyak RM1,000 digunakan penerima antaranya bagi pembiayaan pembelian mesin, peralatan perniagaan dan pembangunan produk, ini secara tidak langsung membantu setiap mereka meningkatkan produktiviti perniagaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem (BN-Duyong) pada hari ketiga Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, hari ini.

Allex yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang berkata, bagaimana pun pada 2024
peruntukan Dana Kasih Niaga diubah kepada Dana Pembangunan Usahawan selaras dengan keperluan semasa.

“Bermula tahun lalu, kaedah peruntukan ini telah diubah memandangkan pengusaha memerlukan dana tersebut untuk pembelian barang dan peralatan, bukan lagi modal pusingan modal .

“Dana Pembangunan Usahawan melayakkan penerima mendapat RM3,000 untuk satu syarikat bagi pembelian seperti mesin, peralatan perniagaan antaranya khemah, kerusi dan meja.

“Ini adalah bagi menambahkan kapasiti pengeluaran dan pengembangan perniagaan malah sebanyak RM200,000 diperuntukkan pada tahun 2024,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

230
Kongsi :
Previous post SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
Next post DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG