Sorting by

×

BANTUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK B40 DI MELAKA MENINGKAT TAHUN INI

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 29 April – Jumlah penerima bagi bantuan Pendidikan menerusi Bantuan Pakaian Sekolah (BPSR) dan Biasiswa Melaka tahun ini meningkat kepada 6,520 orang berbanding 3,400 pada 2024.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, daripada jumlah keseluruhan itu 4,860 orang adalah penerima BPSR, sementara itu 1,660 pelajar sekolah menengah seluruh Negeri Melaka pula layak menerima Biasiswa Melaka.,

“Bagi setiap permohonan BPSR dan Biasiswa Melaka, permohonan dibuat melalui sekolah sebelum dihantar ke Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) bagi proses seterusnya.

“Pemilihan pelajar adalah berdasarkan pendapatan isi rumah iaitu bawah RM2,589 sebulan selain syarat-syarat ditetapkan TAPEM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Zulkiflee Mohd Zin (BN-Taboh Naning) pada hari ketiga Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Selain itu, Rahmad berkata Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turut menyediakan bantuan pendidikan menerusi agihan zakat kepada anak-anak asnaf, fakir dan miskin.

“Jumlah penerima bagi Bantuan Saraan Anak Sekolah (BSAS) RM90 sebulan diberikan kepada anak-anak asnaf fakir dan miskin bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini adalah seramai 9,200 orang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.339 juta.

“Bagi Bantuan Pendidikan Anak Mualaf yang bersekolah menerima RM100 sebulan melibatkan seramai 308 penerima, dengan peruntukan sebanyak RM96,450,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

537
Kongsi :
Previous post BIMBING BELIA KECICIRAN AKADEMIK JADI USAHAWAN
Next post PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH