Sorting by

×

TUGU KEDAULATAN NEGARA ADA DI PULAU KONET

Masa Membaca:55 Saat

SERI NEGERI 29 April – Sebuah Tugu Kedaulatan Negara telah dibina di Pulau Konet, Telok Gong oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, tugu tersebut telah dibina pada 7 September 2022 dengan kos berjumlah RM80,000.

Menurut beliau, tugu tersebut merupakan satu simbol kehadiran dan pengawasan kerajaan kepada perairan negara bagi memastikan pulau-pulau di negara ini tidak terlepas di tangan pihak lain.

“Usaha ini juga bagi memastikan bahawa tiada mana-mana pihak boleh menuntut pulau tersebut, selain ia juga bertujuan menegakkan kedaulatan negara.

“Kerajaan tidak mahu terjadi seperti Pulau Batu Putih yang sebelum ini tidak tentu tuan punya dan hasilnya pulau tersebut terlepas di bawah pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan tambahan Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam) pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Menurut Ketua Menteri, semua rakyat di Melaka juga diseru untuk menguar-auarkan dan mempromosi Tugu Kedaulatan Negara yang terdapat di Pulau Konet bagi memastikan kedaulatan pulau negara terus terpelihara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

471
Kongsi :
Previous post PERUNTUKAN LEBIH RM11 JUTA PASANG LAMPU JALAN DI MELAKA
Next post TIGA TAMAN PERUMAHAN BAHARU BAKAL DIBINA DI DURIAN TUNGGAL