
COVID-19: Catat 2,335 kes baharu hari ini, yang tertinggi direkodkan – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR 26 Dis – Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi sejak pandemik itu melanda negara dengan 2,335 kes hari ini, sekali gus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini melepasi angka 20,000 kepada 20,035 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini mencecah 103,900 kes, selain turut merekodkan dua kematian baharu melibatkan warganegara.
Beliau berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes baharu tertinggi iaitu 728 kes dengan 677 daripadanya melibatkan kluster-kluster sedia ada dan hasil saringan kontak rapat COVID-19 di lapangan.
“Selangor mencatat sebanyak 710 kes; Johor (412 kes); Sabah (248 kes); Pulau Pinang (58 kes); Kelantan (54 kes); Negeri Sembilan (33 kes); Perak (26 kes) dan Pahang (19 kes).
Sementara itu, Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing merekodkan 16 kes; Sarawak (enam kes); Melaka (lima kes); Wilayah Persekutuan Putrajaya (tiga kes) dan Perlis hanya satu kes,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan jangkitan COVID-19, di sini hari ini. – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
11 AGENSI AGAMA MELAKA BERGABUNG JAYAKAN SAMBUTAN HARI RAYA 24 APRIL INI
AYER KEROH 9 April - Kira-kira 3,000 pengunjung dijangka memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka...
MELAKA-GUANGXI JALIN KERJASAMA PELANCONGAN, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INDUSTRI
BANDARAYA MELAKA 9 April - Kerjasama dalam pelancongan, pendidikan dan pembangunan industri akan diberi tumpuan dalam memperkukuh kerjasama di antara...
MELAKA BERHASRAT JADI TAPAK PELANCARAN INISIATIF AI GUANGXI-MALAYSIA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat menjadikan negeri ini sebagai lokasi pelancaran...
PELANCONG CHINA KE MELAKA MENINGKAT TIGA KALI GANDA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Melaka mencatatkan peningkatan luar biasa kedatangan pelancong antarabangsa dari China sempena Tahun Melawat Melaka 2024...
5 ANAK MELAKA TERIMA BIASISWA SAMBUNG PENGAJIAN DI CHINA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Seramai lima anak Melaka terpilih menerima biasiswa penuh daripada Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China bagi...
PEMAJU DIBERI TEMPOH SEBULAN BAIKI TEBING RUNTUH
KLEBANG 9 April - Pemaju projek di Jalan Klebang - Melaka Raya diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah tebing runtuh...