Sorting by

×

MELAKA PERKENAL 800 PRODUK PELANCONGAN UNTUK MERIAHKAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Masa Membaca:41 Saat

SERI NEGERI 28 April – Kerajaan Negeri telah memperkenalkan lebih 800 produk pelancongan merangkumi pelbagai segmen sebagai persiapan rapi menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata produk pelancongan itu mencerminkan pendekatan holistik dalam membina ekosistem pelancongan yang mampan.

Katanya, Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) telah menjadi detik gemilang buat industri pelancongan negeri selepas menerima lebih 15 juta pelancongan dan menjana pendapatan melebihi RM12.68 bilion.

“Kerajaan Negeri tidak akan berhenti malahan ia disambung sehingga tahun 2026 bersama-sama VM2026 yang menyasarkan kemasukan 35.6 juta pelancong ke negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ucapan Usul Terima Kasih Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

236
Kongsi :
Previous post MELAKA SASAR JUMLAH PELABURAN CECAH RM10 BILION MENJELANG 2030
Next post SINDIKET KLON KAD DEBIT TUMPAS, LELAKI WARGA SINGAPURA DIBERKAS