Sorting by

×

SEMUA MASJID DI MELAKA DIMINTA LAKSANA SOLAT HAJAT, QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTIN

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SERI NEGERI 28 April – Semua masjid di Negeri Melaka diminta untuk melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah secara berterusan sebagai tanda solidariti selain dia memohon perlindungan serta kemenangan buat rakyat Palestin.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu susulan penderitaan berterusan dialami saudara-saudara Islam di Palestin akibat kekejaman rejim Zionis Israel yang terus meragut nyawa tanpa belas kasihan.

“Kerajaan Negeri turut menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk sekeras-kerasnya keganasan rejim Israel, menyifatkannya sebagai pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta nilai-nilai kemanusiaan.

“Saat kita menikmati keamanan di tanah air, jangan sesekali kita lupa kepada penderitaan yang dialami saudara kita di bumi Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Tambah beliau, rakyat Malaysia khususnya umat Islam di Melaka, perlu terus menzahirkan sokongan moral dan doa yang tidak putus-putus agar Palestin diberi kemenangan serta keadilan yang sewajarnya.

“Dalam damai yang kita kecapi jangan lupa penderitaaan saudara-saudara kita di Palestin dan mangsa kekejaman zionis Israel yang terus meragut nyawa tanpa belas kasihan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

414
Kongsi :
Previous post INSTITUT TUN PERAK SELIDIK PERANAN LAKSAMANA CHENG HO DALAM HUBUNGAN MELAKA DAN CHINA
Next post PENJENAMAAN SEMULA SJKC SIMPANG BEKOH SEDANG DIPERINCI