Sorting by

×

CAPAIAN TELEKOMUNIKASI DUN LENDU SEMAKIN LANCAR

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

SERI NERGERI 28 April – Struktur pembangunan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu telah ditambah baik, sekali gus meningkatkan lagi kualiti capaian telekomunikasi kepada penduduk.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, peningkatkan kualiti capaian hubungan ini adalah menerusi pembinaan stuktur komunikasi baharu 5G di Kampung Ayer Limau 2 di Jalan Kolam Air, Kampung Seri Terubuk.

Mengulas lanjut Fairul Nizam berkata, turut dilaksanakan adalah pembangunan struktur telekomunilasi 4G secara telekomunikasi ‘Muliti Operator Core Network’ di Kem 96 DPP dan Kampung Baru Lendu.

“Turut dilaksanakan adalah perkongsian struktur liputan 5G bagi menambah baik capaian hubungan di kawasan Masjid Tanah 2 di Jalan Hujan Panas, Jalan Lendu dan Jalan Rembia Batu 18 di Bukit Hantu.

“Selain, sebanyak 25 stesen pemancar turut dinaik taraf kepada 4G, manakala 1,650 premis telah disambung dengan capaian gentian optik berkelajuan tinggi.

“Manakala, Telekom Malaysia (TM) juga telah menyediakan lebih RM 5,000 port Unifi di DUN Lendu dengan peratus penggunaan port telah mencapai sebanyak 50 peratus” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Negeri terus cakna terhadap aduan rakyat berkaitan mutu capaian internet.

Jelas beliau antara isu yang sering dibangkitkan mengenai ketidakseragaman kualiti perkhidmatan jalur lebar mudah alih, kelajuan internet yang kurang memuaskan serta kewujudan ‘blindspot’.

“Sebarang aduan berkaitan kualiti perkhidmatan dan rangkaian telekomunikasi boleh disalurkan terus melalui portal aduan MCMC di laman web https://aduan.mcmc.gov.my atau hubungi talian 1800-188-030,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

264
Kongsi :
Previous post KAMPUNG DIGITAL: 582 KAMPUNG DI MELAKA ADA ALAMAT BAHARU
Next post PERUNTUKAN SUKAN RM660,000 SETAHUN GALAK GAYA HIDUP SIHAT