Sorting by

×

LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

DURIAN TUNGGAL 26 April – Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah dengan kehadiran lebih 15,000 orang tetamu.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata bagi penganjuran tahun ini majlis diadakan di perkarangan Masjid Sayyidina Abu Bakar, di sini.

Menurutnya, bagi meraikan tetamu pihaknya menyediakan 35 khemah makanan dan minuman dikendali oleh Pusat Tanggungjawab (PTj) dan Pihak Berkuasa Universiti (PBU) UTeM.

“Secara keseluruhan kami menyajikan 38 jenis hidangan kambing golek, nasi beriani, sate, ketupat dan rendang, aneka jenis mi, ubi rebus, pelbagai jenis minuman serta buah durian.

“Majlis ini juga dilihat mencapai objektif penganjuran iaitu sebagai medan ikatan ukhuwah silaturahim dalam kalangan warga UTeM,” katanya.

Tambahnya, pihaknya berterima kasih kepada UTeM Holdings Sdn Bhd atas kesudian membuat penajaan berjumlah RM170,000 bagi menjayakan majlis itu.

Katanya, suasana majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri merangkap Canselor UTeM, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman, barisan Timbalan Naib Canselor UTeM serta lain-lain kenamaan.

“Bukan sekadar meraikan Aidilfitri majlis ini adalah sebahagian daripada pengisian program agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu Kesihatan dan Kesejakteraan Baik (SDG 3) yang terdiri daripada 17 Maltamat Pembangunan Mampan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

625
Kongsi :
Previous post PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
Next post NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA