Sorting by

×

PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 April – Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025).

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, meskipun WTD 2025 dijadualkan berlangsung pada September, program yang disusun pihaknya akan bermula seawal Jun ini.

Katanya, antara program besar bakal dilaksanakan PPSPM adalah Festival Sungai Melaka yang padat dengan pengisian an pelbagai aktiviti dijadualkan dari 20 hingga 29 Jun depan

“Antara program akan berlangsung sepanjang sembilan hari festival berlangsung adalah Festival Perahu Naga Antarabangsa bermula 20 hingga 22 Jun.

“Selain itu, kita juga adakan Pertandingan Memasak Makanan Tradisional Terpanjang yang mana program ini turut menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR),” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya PPSPM di Dataran Pengkalan Rama, di sini, 24 April lalu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco, Timbalan Exco dan kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata selain merencana pelbagai program menarik, pihaknya turut menaik taraf kualiti perkhidmatan produk PPSPM.

“Kita mahu berikan yang terbaik kepada pelanggan yang mana kita tingkatkan kualiti layanan serta perkhidmatan demi keselesaan pengunjung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

483
Kongsi :
Previous post ‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
Next post LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL