Sorting by

×

RAYA PPSPM MERIAH ATAS KAPAL, BOT PREMIUM

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 April – Menikmati juadah Aidilfitri di atas kapal Mendam Berahi antara keistimewaan Majlis Sambutan Hari Raya Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) di Dataran Pengkalan Rama, di sini, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, lebih 15 jenis juadah dihidangkan kepada pengunjung yang hadir ke majlis tersebut.

Katanya, kehadiran lebih 2,000 pengunjung memeriahkan majlis tersebut yang bermula jam 8.30 malam hingga 11 malam.

“Majlis sambutan hari raya ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara golongan sasar, agensi, pengamal media Melaka, pengunjung dan kakitangan PPSPM.

“Dalam masa yang sama kita mahu memperkenalkan beberapa produk baharu kepada semua tetamu yang hadir,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Whatsapp image 2025 04 24 at 22.49.26
PENGUNJUNG ketika menikmati juadah Aidilfitri sempena Majlis Hari Raya PPSPM di atas Kapal Mendam Berahi.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri dan kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata, keunikan majlis itu pada tahun ini adalah bot-bot premium Melaka River Cruise (MRC) dibuka kepada pengunjung.

“Kita benarkan pengunjung untuk menikmati hidangan di dalam bot premium seperti bot everlasting, bot Tun Khalil dan beberapa bot lain.

“Bot ini tidak bergerak, namun kita beri mereka suasana menikmati hidangan pada sambutan hari raya ini dalam bot tersebut,” katanya.

Pada majlis tersebut, turut diadakan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

544
Kongsi :
Previous post SIDANG DUN MELAKA PENGGAL KEEMPAT BUKA TIRAI SECARA RASMI
Next post MELAKA TERUS MAJU, BERJAYA DI BAWAH KEPIMPINAN AB RAUF – TYT