Sorting by

×

SIDANG DUN MELAKA PENGGAL KEEMPAT BUKA TIRAI SECARA RASMI

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 25 April – Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas Tahun 2025 di Seri Negeri membuka tirai secara rasmi, hari ini.

Persidangan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Terdahulu Tun Dr. Mohd Ali bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman tiba di perkarangan Dataran Seri Negeri pada jam 9.50 pagi.

Ketibaan Tun Dr. Mohd Ali disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan.

Tun Dr. Mohd Ali Kemudian memeriksa Istiadat Kawalan Kehormatan Utama sebelum berarak masuk ke Dewan Undangan Negeri bagi menyampaikan ucapan pembukaan persidangan.

Sidang DUN kali ini berlangsung selama tiga hari bermula 25, 28 dan 29 April (Selasa) dan lebih 100 soalan lisan serta 100 soalan bertulis akan dikemukakan bagi persidangan kali ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

518
Kongsi :
Previous post TAPAK RV BAHARU DI BANDA HILIR
Next post RAYA PPSPM MERIAH ATAS KAPAL, BOT PREMIUM