Sorting by

×

‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

RIM 22 April – Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus menjadi pilihan utama dalam kalangan peminat aktiviti lasak dan mereka mahukan lokasi percutian yang mendamaikan.

Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) Datuk Ahmad Azlan Datuk Ahmad Salleh berkata, perancangan itu juga adalah sebahagian daripada usaha pihaknya untuk menyokong dan merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka, sekali gus menggamit lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Katanya, antara perancangan pihaknya adalah melengkapkan TETC dengan ‘petting zoo’, menaik taraf taman tema air mini, menyediakan aktiviti ‘paintball’ dan menawarkan pengalaman mengendalikan kenderaan ‘ATV’ melalui trek yang mencabar.

“Sudah pasti perancangan ini akan menggamit lebih ramai pengunjung terutamanya peminat aktiviti lasak untuk datang ke TETC, kerana semuanya akan ada di sini tidak lama lagi.

“Bagi kemudahan RV Park@TETC pula kita akan cuba menyediakan kemudahan berdasarkan maklum balas diterima daripada pemilik kenderaan rekreasi termasuk mengindahkan landskap sedia agar persekitran lokasi itu lebih hijau dan nyaman. Insya-Allah kerja-kerja penambahbaikan ini dijangka akan bermula Julai nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Sempena Camper Rally Raya @TETC.

Hadir sama, Presiden Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia, Farman Othman.

Terdahulu Ahmad Azlan menjemput Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia untuk mengadakan simulasi tiga hari empat malam di tapak Taman RV TETC dari Khamis hingga Ahad lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

657
Kongsi :
Previous post SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
Next post POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG