Sorting by

×

‘SAUDARA BAHARU’ TERUJA KEMERIAHAN SUASANA AIDILFITRI

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

KESIDANG 20 April – Kemeriahan suasana Aidilfitri pada Rumah Terbuka Mualaf Negeri Melaka anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memberi satu keterujaan dan pengalaman baharu kepada ‘saudara baharu’ di negeri ini.

Abdul Rahman See, 72, yang baru tiga hari memeluk Islam berkata, kemeriahan sambutan rumah terbuka itu membuka ruang untuknya berkenalan dengan rakan-rakan baharu selain mendalami ilmu dan ajaran Islam.

“Saya rasa seronok dapat bersama-sama saudara baharu meraikan kemeriahan Aidilfitri pada tahun ini kerana ini merupakan sambutan hari raya yang pertama untuk saya,” katanya.

Img 20250419 wa0033
MARYAM

Seorang lagi mualaf, Maryam Lye Liang Luang, 67, berkata sambutan hari raya dan rumah terbuka Aidilfitri itu memberi satu pengalaman istimewa dan terindah buatnya.

“Pada saya kemeriahan begini adalah satu perkara positif apabila dapat bersama-sama dengan rakan mualaf sama ada yang baru atau sudah lama memeluk Islam.

“Sedikit sebanyak dapat berkongsi pelbagai perkara. Saya turut dimaklumkan sambutan seumpama ini diadakan setiap tahun, ini merupakan tahun pertama dan saya harap dapat bersama-sama Balai Islam Melaka lagi pada tahun hadapan,” ujarnya yang sudah lebih setahun memeluk Islam.

Terdahulu, majlis yang diadakan di Kompleks Darul Huda Balai Islam, di sini, itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 500 mualaf di bawah MAIM.

Majlis itu diserikan dengan kejadiran Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan hadir sama, Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad; Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam Kompleks Darul Huda MAIM, Mohd Nasir Wahab serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

533
Kongsi :
Previous post RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
Next post LEBIH 150 PEMINAT KENDERAAN REKREASI MERIAHKAN CAMPER RALLY RAYA @TETC