Sorting by

×

B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA

Masa Membaca:2 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 18 April – Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menekankan lima teras utama melalui akronim B.E.L.I.A.

Kata Ketua Menteri pertama teras pertama adalah, B – BERWAWASAN: Belia harus berani melakar visi yang jauh dan menyeluruh, Kedua, E – EFISIEN: Pemimpin belia perlu bertindak pantas dan berfikir tepat kerana kecekapan adalah penanda aras kejayaan seorang pemimpin.

Tambah beliau Ketiga, L – Literasi Dasar dan Tadbir Urus: Fahami sistem, kuasai dasar, dengan ilmu, belia boleh menjadi pemimpin yang mampu membawa perubahan berlandaskan fakta dan prinsip, Keempat, I – INTEGRITI: Tiada kejayaan yang bermakna tanpa kejujuran, menjadikan integriti sebagai kompas yang memandu setiap keputusan dan Kelima, A – Adaptif dan Inovatif: Belia mesti tangkas menyesuaikan diri dan sentiasa berani membawa solusi baharu yang kreatif.

“Saya menaruh harapan yang tinggi kepada semua yang dilantik, saudara-saudari bukan sekadar sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) belia, tetapi sebagai duta kepada harapan rakyat dan pemegang obor masa depan negeri ini.

“Dengan sinergi antara Kerajaan Negeri dan kepimpinan belia, saya yakin Melaka akan terus menjadi negeri contoh dalam melahirkan barisan pemimpin muda yang progresif, berdaya saing dan berjiwa rakyat,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Watikah Speaker dan Ahli Dewan Belia Negeri Melaka Sesi 2024/2026 di Dewan Tun Mutahir, Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majliS itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam.

Yang Turut hadir Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Nytheen Kunju Basheer, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, barisan Exco, Timbalan Exco, ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

Pada majlis sama Ab Rauf turut menyampaikan watikah pelantikan sebagai Speaker Dewan Belia Negeri Melaka kepada Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Turut menerima watikan adalah 33 Ahli Dewan Belia Negeri melaka melibatkan wakil semua 28 DUN dan lima ahli lantikan Ketua Menteri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

791
Kongsi :
Previous post MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL
Next post MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025