Sorting by

×

WARGA EMAS MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA LINTAS JALAN

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BUKIT KATIL 15 April – Warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Penghulu Jaabar, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi, Abu Osman, 81, yang sedang berbasikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa yang datang dari arah Bukit Katil sedang menghala ke arah Duyong untuk pulang ke rumah.

Katanya, ketika di lokasi mangsa yang yang berada di lorong sebelah kiri jalan Kampung Bukit Bayan, dipercayai cuba melintas untuk menyeberangi jalan di sebelah kanan.

Namun, ketika itu datang sebuah kereta jenis Proton Persona yang sedang bergerak lurus dan tidak sempat memberhentikan kenderaan kerana jarak yang terlalu dekat.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta iaitu lelaki berusia 77 tahun yang merupakan pesara guru tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 telah dikeluarkan bagi menjalankan bedah siasat dan mengetahui punca kematian,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan pihaknya masih mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1483
Kongsi :
Previous post KAMPUNG DIGITAL BANTU TANGANI ISU KECICIRAN PELAJAR
Next post PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA SASAR LEBIH 4,000 PENYERTAAN