Sorting by

×

MELAKA JADI HAB HELIKOPTER TERBESAR ASIA TENGGARA

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

Oleh: Norafiqah Jamal dan Alya Atiqah 

AYER KEROH 15 April – Melaka bakal menjadi Hab Pemasangan dan Penyelanggaran Helikopter (MRO) terbesar di Asia Tenggara menjelang 2028.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, hab tersebut akan dibina oleh Syarikat The Weststar Group dengan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM16.45 bilion.

Katanya, pembinaan itu bakal memberi satu sinar baharu dalam industri aeroangkasa di rantau ini, di mana projek pembinaan terbabit telah pun dimulakan pada tahun ini.

“Kawasan pembinaan yang dikenal pasti seluas 6.9 hektar dalam Kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), di mana Kerajaan Negeri akan memberikan sokongan sepenuhnya bagi membantu projek ini dalam tempoh tiga tahun.

“Hasil Kerjasama dengan antara syarikat pengeluar utama helikopter di dunia iaitu Syarikat Leonardo yang berpangkalan di Rom, Itali di lihat akan memberikan peluang baik kepada Negeri Melaka.

“Projek itu akan dibangunkan sebuah kilang pemasangan bersekali dengan hab MRO helikopter oleh Syarikat The Weststar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Sesi Lawatan Tapak Bagi Cadangan Pembinaan Kilang Pemasangan Helikopter di LTAM oleh Syarikat The Weststar Group, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kerja Raya, Infastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Turut hadir, Pengerusi Syarikat The Weststar Group, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata Kerajaan Negeri menyambut baik peluang pelaburan daripada Syarikat Weststar Group yang dilihat bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Melaka.

“Selain itu juga, apabila siap kelak, projek pembangunan termasuk pusat latihan serta perusahaan helikopter ini, pihak Weststar Group bakal melahirkan seramai 1,500 juruterbang helikopter setiap tahun.

“Sekiranya pembinaan ini siap, pengoperasian pembangunan ini tidak akan mengganggu penerbangan komersial,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

982
Kongsi :
Previous post PENIAGA NASI KERABU MAUT DIGILIS TRELER
Next post KAMPUNG DIGITAL BANTU TANGANI ISU KECICIRAN PELAJAR