
TYT HADIR MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BOMBA MELAKA
BUKIT KATIL 14 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka bersama hampir 5,000 tetamu, malam tadi.
Majlis yang diadakan di Ibu Pejabat JBPM negeri, di sini turut dihadiri Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad dan Pengarah JBPM Melaka, Pesuruhjaya Bomba Mohd Zaidi Ma’at.
Program berkenaan turut dihadiri ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, ahli keluarga pegawai dan anggota bomba negeri, sukarelawan bomba serta Kelab Rukun Tetangga (KRT).
Pada program berkenaan, Tun Dr. Mohd Ali turut meluangkan masa melawat 18 gerai pempamer yang mewakili Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di seluruh Melaka.
Tun Dr. Mohd Ali, turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis berkenaan sebelum beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KEMUNCAK WRUR LENDU, SUNGAI UDANG PADA 31 MEI
ASAHAN 16 April - Perasmian penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan DUN...
2025 DAN 2026, PELANCONGAN MELAKA ‘TIDAK BEREHAT’
SERI NEGERI 16 April - Sektor pelancongan Melaka kembali meriah tahun lalu susulan kejayaan penganjuran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024...
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...
DENTUMAN ‘MANTERA’ MANA LAGI, MELAKA LER
SERI NEGERI 15 April - Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bermula pada 2024 yang lalu telah menyaksikan sektor pelancongan Melaka...
WRUR: KAEDAH BAHARU MERAKYATKAN PENTADBIRAN MELAKA
SERI NEGERI 15 April - Dalam mengharmonikan masyarakat dan menyantuni denyut nadi rakyat, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri...
‘KUASA’ KEBERANIAN, IDEA DI LUAR KOTAK AB RAUF YUSOH
SERI NEGERI 15 April - Tanggal 31 Mac 2025, genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...