
JENAZAH PAK LAH DIBAWA KE MASJID NEGARA PAGI ESOK
Menantu Allahyarham Khairy Jamaluddin berkata jenazah selepas itu akan dibawa ke Makam Pahlawan untuk dikebumikan.
“Jadi selepas ini, jenazah Tun Abdullah akan dibawa (dari IJN) ke kediaman beliau di Kuala Lumpur dan pada esok pagi, jenazah akan dibawa ke Masjid Negara.
“Sesiapa yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada Pak Lah (Tun Abdullah) bolehlah datang ke Masjid Negara,” katanya pada sidang media selepas menuntut jenazah Tun Abdullah di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, malam ini.
Turut hadir anak Allahyarham Tan Sri Kamaluddin dan Nori yang juga isteri Khairy.
Abdullah meninggal dunia di IJN pada 7.10 malam ini pada usia 85 tahun.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RENTAK BERTANDAK MELAKA PAMER KEUNIKAN BUDAYA SERUMPUN
AYER KEROH 16 April - Program Rentak Bertandak Antarabangsa 2025 yang merupakan acara kebudayaan nusantara akan diadakan di Melaka pada...
KEMUNCAK WRUR LENDU, SUNGAI UDANG PADA 31 MEI
ASAHAN 16 April - Perasmian penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan DUN...
2025 DAN 2026, PELANCONGAN MELAKA ‘TIDAK BEREHAT’
SERI NEGERI 16 April - Sektor pelancongan Melaka kembali meriah tahun lalu susulan kejayaan penganjuran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024...
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...
DENTUMAN ‘MANTERA’ MANA LAGI, MELAKA LER
SERI NEGERI 15 April - Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bermula pada 2024 yang lalu telah menyaksikan sektor pelancongan Melaka...
WRUR: KAEDAH BAHARU MERAKYATKAN PENTADBIRAN MELAKA
SERI NEGERI 15 April - Dalam mengharmonikan masyarakat dan menyantuni denyut nadi rakyat, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri...