
Cadang tubuh Yayasan Usahawan Wanita
AYER KEROH 24 Dis. – Cadangan menubuhkan Yayasan Usahawan Wanita mampu memperluaskan sektor perniagaan usahawan di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman berkata, yayasan itu juga bagi mengumpul modal perniagaan khusus untuk usahawan wanita.
“Kita cadang tubuhkan yayasan usahawan wanita di Melaka supaya yayasan ini boleh kumpul modal untuk mereka kembangkan bisnes yang lebih besar.
“Dah sampai masa usahawan wanita didaftarkan dalam platform digital bagi memudahkan mereka menjalankan perniagaan mengikut arus semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada MHI selepas Program Pendigitalan Usahawan Wanita ‘Jualan Secara Online’ di Market Place 2020 mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali di Mudzaffar Hotel, semalam.
Jelasnya, menerusi yayasan itu usahawan-usahawan wanita mampu mencari modal memperkembangkan perniagaan mereka dalam platform pendigitalan.
“Di Melaka ahli-ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia Cawangan Negeri Melaka (USAHANITA) hanya lebih 100 ahli.
“Jadi dengan adanya yayasan ini sudah pasti semua jenis perniagaan boleh diperluaskan dalam sektor pendigitalan,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...