Sorting by

×

KETUA MENTERI JEMPUT ORANG MELAKA BERAYA DI VILLA D’ACQUA, 19 APRIL INI

Masa Membaca:49 Saat

TANJUNG BIDARA 12 April – Sebanyak 70 kios makanan tradisi berserta 10 kendera saji (food truck) akan disediakan untuk menjamu tetamu yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka pada 19 April ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, majlis itu akan diadakan di kediaman beliau di Villa d’Acqua Kampung Pulau, Masjid Tanah bermula jam 6 petang hingga 11 malam.

Menurut beliau, beberapa artis popular tanah air turut dibawakan khas untuk menghiburkan tetamu, antaranya Datuk Awie, Azlan & The Typewriter, Datuk Nash dan Asmidar.

Justeru, beliau menjemput seluruh rakyat Melaka untuk memeriahkan majlis yang diadakan bersempena Aidilfitri tahun ini.

“Raya kan sebulan. Jadi, mari pakat ramai-ramai kita pakai baju raya dan jom bergambar dengan saya pada majlis rumah terbuka ini nanti.

Jadi, pastikan kosongkan waktu pada 19 April ini untuk sama-sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri saya nanti!,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

781
Kongsi :
Previous post JANAAN SISA PEPEJAL DI MELAKA MENINGKAT SEPANJANG RAMADAN
Next post BALAI BOMBA BAHARU DI PEKAN ASAHAN