Sorting by

×

MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 11 April – Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan sektor ekonomi negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hasrat itu dinyatakan Ketua Menteri, ketika menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) yang diketuai Presidennya, Tan Sri Dr. T.C. Goh, di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Dalam perjumpaan singkat berlangsung kira-kira 30 minit itu, Ab Rauf memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri bersedia membuka peluang dan ruang kepada pelabur berminat mengembangkan perniagaan mereka di Melaka.

Malah, Ketua Menteri amat berharap lebih banyak kumpulan pelabur dari China melebarkan perniagaan di Melaka khususnya dengan bertapak di MCorp Hi Tech Park iaitu kawasan perindustrian baharu yang berkeluasan 2,023 hektar.

Menerusi perjumpaan itu, Ab Rauf turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri berhasrat untuk memajukan Melaka menjadi sebuah negeri ‘semi industrial state’.

Sehubungan itu Huazong diharap dapat membantu merealisasikan hasrat berkenaan dengan menjadi pemudah cara antara China dan Melaka terutama dalam membantu melancarkan urusan pelabur berminat untuk bertapak di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

696
Kongsi :
Previous post PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
Next post TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL