
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Universiti Islam Melaka (UNIMEL) berlangsung di Bangunan Canselori UNIMEL, di sini, hari ini.
Terdahulu ketibaan Tun Dr. Mohd Ali yang juga Canselor UNIMEL disambut Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah dan Naib Canselor UNIMEL Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly serta pengurusan tertinggi universiti.
Majlis dimulakan dengan Tun Dr. Mohd Ali diiringi Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Dr. Abdul Khalil, warga UNIMEL dan penduduk sekitar menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ilmi, UNIMEL.
Usai solat Jumaat, majlis diteruskan dengan penyerahkan sumbangan dan duit raya kepada 15 orang penerima melibatkan warga emas serta pegawai syarak disempurnakan oleh Tun Dr. Mohd Ali.
Sebelum berangkat pulang, Tun Dr. Mohd Ali bersama-sama warga UNIMEL dan penduduk sekitar menikmati jamuan yang disediakan seperti rendang, ketupat, lemang, nasi beriani, aneka kuih dan minuman.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...