Sorting by

×

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 10 April – Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan kira-kira 500 komuniti saudara baharu.

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad berkata, seperti tahun sebelumnya sambutan itu akan diadakan di Kompleks Darul Huda, Balai Islam, bermula dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

“Penganjuran rumah terbuka ini bertujuan meraikan saudara mualaf selepas sebulan berpuasa, selain itu kita juga mahu berkongsi kegembiraan dan kemeriahan menyambut Aidilfitri.

“Sudah pasti kita akan sediakan pelbagai jenis juadah sepeti sate dan rendang untuk dinikmati semua jemputan hadir pada hari berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Shaifulfazlee, penganjuran rumah terbuka itu juga adalah medium dalam merapatkan hubungan antara saudara Muslim dan pihak pengurusan Balai Islam MAIM.

“Malah secara tidak langsung ia dapat juga juga mengeratkan silaturahim sesama mualaf yang terdiri daripada pelbagai bangsa serta budaya.

“Mereka berkumpul di Balai Islam ini bagaikan satu keluarga, justeru apabila ada sambutan sebegini ia akan merapatkan lagi hubungan. Ada juga dalam kalangan saudara kita ini yang baru pertama kali menyambut Aidilfitri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

514
Kongsi :
Previous post EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
Next post POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI