
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata secara keseluruhannya tujuh pelajar telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.
“Setakat ini, polis percaya tujuh pelajar tingkatan tiga terlibat dalam kejadian itu, termasuk mangsa dan perakam.
“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ditanya jika polis akan merakam keterangan pihak lain, Mohd Norazmi berkata ketika ini fokus adalah kepada pelajar disyaki terlibat dengan kejadian sahaja.
Sebelum ini polis mengesahkan video tular berdurasi satu minit 31 saat memaparkan seorang pelajar dibuli di asrama, berlaku di sebuah MRSM di Seberang Perai Selatan pada pertengahan tahun lepas, dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...