Sorting by

×

CABUTAN BERTUAH MENANTI TETAMU RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ASAHAN

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

ASAHAN 8 April – Hanya dengan memuat turun aplikasi Asahan Sejahtera, tetamu yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan pada 11 April ini berpeluang memenangi hadiah menarik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan memaklumkan, hadiah itu ditawar menerusi cabutan bertuah yang diadakan pada majlis berkenaan.

Beliau yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri memaklumkan, penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Asahan tahun ini akan diadakan di Taman Batang Melaka Jaya bermula jam 8 hingga 11 malam.

“Marilah kita bersama-sama meraikan Syawal dalam suasana penuh kemesraan, silaturrahim dan perpaduan.

“Lebih menarik tahun ini, sebanyak 10 cabutan bertuah disediakan khas untuk para pengunjung warga DUN Asahan yang telah memuat turun aplikasi Asahan Sejahtera.

“Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Datang beramai-ramai bersama keluarga dan pastikan anda telah memuat turun aplikasi Asahan Sejahtera untuk peluang memenangi hadiah menarik,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.

489459724 679116414645544 2533356984012684953 n

Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Asahan tahun ini akan menampilkan konsep rewang iaitu satu budaya yang menjadi identiti DUN Asahan.

Pelbagai juadah menarik akan disajikan kepada pengunjung, antaranya nasi jagung, ayam kurma, selain Sate 50 sen yang terkenal di Asahan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

706
Kongsi :
Previous post SAMBUTAN HARI TVET NEGARA PADA 11 HINGGA 13 JUN DI MELAKA
Next post KANSER KOLOREKTAL: PEMBUNUH UTAMA KAUM LELAKI DI MALAYSIA