
WANITA WARGA EMAS RENTUNG, 16 RUMAH SETINGGAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BINTULU
Mayat Nuie Ipang, 77, ditemukan rentung di lokasi kejadian selepas api berjaya dikawal oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dengan bantuan pasukan dari BBP Bintulu pada 12.03 tengah hari.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak ketika dihubungi berkata 92 penghuni daripada 16 keluarga terjejas dan kehilangan tempat tinggal dalam kejadian itu.
“Mayat warga emas itu diserahkan kepada polis pada 2.12 petang untuk tindakan lanjut. Jumlah mangsa yang terlibat terdiri daripada 67 orang dewasa dan 25 kanak-kanak,” katanya.
Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 11.06 pagi.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA
TANGKAP layar video kebakaran di tepi Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu. Foto Utusan Sarawak
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
KUALA LUMPUR 7 April - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang...
LELAKI DITAHAN, BANTU SIASATAN KES PUKUL JIRAN WARGA EMAS
AYER KEROH 7 April - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa bertindak memukul seorang warga emas yang juga jirannya dalam...
MBMB ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
BANDA HILIR 7 April - Sebanyak 200 belon diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Jam Besar Banda Hilir sebagai simbolik...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...
REMAJA OKU HILANG DITEMUI DI SUNGAI PETANI
AYER KEROH 7 April - Remaja perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang di Taman Rambai Idaman, di...