Sorting by

×

SIDANG DUN MELAKA PENGGAL KEEMPAT PADA 25, 28 DAN 29 APRIL INI

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KUALA LINGGI 7 April – Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas akan diadakan pada 25, 28 dan 29 April ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum.

Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima lebih 100 soalan lisan dan 100 soalan bertulis.

Bagaimanapun, Ibrahim memaklumkan beliau akan mengeluarkan kenyataan lengkap dalam masa terdekat berhubung jumlah soalan bertulis, lisan dan usul yang akan dibentangkan nanti.

“Persidangan pembukaan pada tahun ini kita laksanakan pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari yang jatuh pada tanggal 25 April. Pada sebelah malam akan berlangsung majlis makan malam bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Sidang akan bersambung pada minggu hadapannya iaitu pada hari Isnin dan Selasa yang jatuh pada tanggal 28 serta 29 April,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi di Japerun Kuala Linggi, di sini, semalam.

Kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman menyerikan lagi majlis yang menjadi tumpuan khususnya dalam kalangan penduduk sekitar DUN Kuala Linggi.

Selain itu kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diiringi Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, bersama barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri melangkapkan lagi penganjuran majlis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

731
Kongsi :
Previous post TAMBAKAN LAUT ATASI HAKISAN PANTAI TELOK GONG
Next post FRANCISSCA PETER BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN TABOH NANING