Sorting by

×

KIOS FOTO SUASANA KAMPUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN KUALA LINGGI

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

KUALA LINGGI 7 April – Selain menjamu selera dengan aneka pilihan makanan, tetamu singgah ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, tidak melepaskan peluang merakam kenangan Aidilfitri dengan bergambar di kios foto dengan suasana kampung disediakan penganjur.

Majlis berlangsung di Japerun Kuala Linggi, di sini, malam tadi adalah anjuran bersama Speaker DUN Datuk Wira Ibrahim Durum dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah.

Kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman menyerikan lagi majlis yang menjadi tumpuan khususnya dalam kalangan penduduk sekitar DUN Kuala Linggi.

Selain itu kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diiringi Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, bersama barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri melangkapkan lagi penganjuran majlis itu.

Sementara itu Rosli yang juga Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, pihaknya menyediakan lebih 20 juadah buat tetamu yang singgah ke majlis rumah terbuka yang dianjurkan.

“Meskipun hujan dianggarkan hampir 4,000 tetamu hadir ke majlis ini dan saya dimaklumkan ada juga yang datang adalah dari luar Negeri Melaka.

“Istimewa Rumah Terbuka DUN Kuala Linggi tahun ini kita sediakan sudut khas atau ‘photobooth’ (kios foto), jadi tetamu bukan sahaja dapat menjamu selera tetapi mencipta kenangan bersama keluarga,” katanya.

Img 20250407 011247 071

SPEAKER DUN Datuk Wira Ibrahim Durum dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah, menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati meskipun hujan lebat, orang ramai silih berganti menghadiri majlis tersebut.

Suasana majlis rumah terbuka tersebut turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu-lagu raya yang malar segar oleh Kombo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3250
Kongsi :
Previous post TIGA PEKERJA MAUT SEMASA KERJA PEMBERSIHAN DALAM LUBANG PEMBETUNG DI LENGGONG
Next post JALAN PINTAS BAHARU DUN RIM JIMATKAN 15 MINIT MASA PERJALANAN