MOTAC tawar 40 peratus diskaun kompaun kepada pengusaha dan pemandu pelancong berlesen
PUTRAJAYA 24 Dis – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberi diskaun pembayaran kompaun sebanyak 40 peratus kepada pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong berlesen yang dikenakan kompaun sehingga 30 Jun 2021.
Dalam kenyataan hari ini, MOTAC memaklumkan kementerian juga memberi perlanjutan tempoh pembayaran kompaun sehingga 30 Jun 2021 bagi semua kompaun yang dikeluarkan kepada pemandu pelancong atau pengusaha pelancongan berlesen.
“Kementerian berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban penggiat industri yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19,” menurut kenyataan itu.
MOTAC memberitahu kelonggaran hal berkaitan kompaun kepada pengusaha pelancongan berlesen dan pemandu pelancong berlesen adalah di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].
“Namun demikian, kementerian menegaskan bahawa kegagalan untuk menjelaskan kompaun yang dikeluarkan boleh menyebabkan tindakan pendakwaan diambil kepada syarikat atau pemandu pelancong yang berkaitan,” katanya – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...