
PEKERJA KILANG MAUT DALAM PERJALANAN PULANG BERAYA
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata mangsa, Zulfareeza Zulkifli, 24, berasal dari Kampung Chasi To’Uban, Pasir Mas menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR secara sendirian dari Johor Bahru.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada 11 pagi dan siasatan mendapati ketika sampai di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang lelaki itu hilang kawalan lalu terbabas.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu tetapi meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati dan mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...
REALISASI IMPIAN ANAK MUDA LEBARKAN PERNIAGAAN BAULU MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 1 April - Bantuan peralatan membuat kuih antara yang akan diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya,...