Sorting by

×

TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-MUHAIMIN BEMBAN

Masa Membaca:55 Saat

BEMBAN 28 Mac – Masjid Al-Muhaimin Bemban hari ini melakar sejarah apabila dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dalam satu majlis sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat Negeri Melaka.

Ketibaan Tun Dr. Mohd Ali pada jam 12.50 tengah hari disambut mesra oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad.

Tun Dr. Mohd Ali kemudiannya memberikan ucapan ringkas dan sebagai simbolik, beliau menandatangani plak perasmian masjid berkenaan sambil diiringi Ab Rauf.

Selepas upacara perasmian, Tun Dr. Mohd Ali turut menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah bagi memperkukuh semangat kebersamaan dalam mengimarahkan masjid yang menjadi mercu tanda masyarakat Islam.

Perasmian ini bukan sahaja melambangkan perkembangan syiar Islam di Melaka tetapi juga memperkukuh peranan masjid sebagai pusat ibadah dan penyatuan ummah, khususnya sepanjang Ramadan.

Selesai menunaikan solat Jumaat Tun Dr. Mohd Ali kemudiannya menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada golongan memerlukan.

Turut hadir pada majlis itu Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

797
Kongsi :
Previous post DOKTOR WANITA MAUT DALAM PERJALANAN PULANG BERAYA KE KELANTAN
Next post PEKERJA KILANG MAUT DALAM PERJALANAN PULANG BERAYA