Sorting by

×

ORANG JASIN KUMPUL HAMPIR 7 TAN SISA KITAR SEMULA

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

JASIN 28 Mac – Program ‘Asal Barang Jadi Duit : Pengumpulan Minyak Masak Terpakai & Sisa 3R’ anjuran Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), baru-baru ini mencatatkan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak 6960.5 kilogram (kg) bahan kitar semula.

Yang Dipertua MPJ Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, inisiatif itu bukan sahaja meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kitar semula, malah membantu menjana pendapatan tambahan.

“Program ini diadakan dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kitar semula.

“Orang ramai yang terlibat juga secara tidak langsung dapat menjana pendapatan tambahan melalui bahan kitar semula selain menggalakkan amalan gaya hidup hijau demi kelestarian bumi.

“Saya yakin inisiatif begini mampu mengurangkan penggunaan tenaga dan pencemaran karbon di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Turut hadir pada program itu Setiausaha MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari.

Mengulas lanjut, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini tersebut.

“Pada program ini sahaja kita berjaya mengumpul sisa minyak masak terpakai sebanyak 1,558kg, sisa fabrik sebanyak 2,476kg, sisa ‘e-waste’ sebanyak 849.5kg dan sisa 3R sebanyak 2,100kg.

“Sisa kitar semula ini terdiri daripada kertas campur sebanyak 917kg, kotak (203kg), besi lampung (56kg), besi campur (331kg), plastik (343kg), plastik keras (119kg), surat khabar (90kg), botol kaca (34kg) dan aluminium sebanyak 7kg.

“Diharap usaha ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai individu dan komuniti untuk mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

490
Kongsi :
Previous post POLIS MELAKA LAKSANA PENGUATKUASAAN MENYELURUH, PANTAU KESELAMATAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
Next post LlMA MAUT NAHAS EMPAT KENDERAAN DI KLUANG