
ANAK MANGSA KEMALANGAN DITAWAR LANJUT PENGAJIAN
JASIN 28 Mac – Anak kepada mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Melaka-Muar, Merlimau, di sini, ditawarkan peluang pengajian di Kolej Komuniti Jasin (KKJS).
Menurut Pengarah KKJS, Sr. Mohamad Kelana Juwit, pihak kolej menawarkan peluang pengajian di KKJS untuk anak sulung kepada Allahyarhamah Noor Faradhillah Muhammad Yusuff, 42, bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mengubah nasib keluarga.
‘’Pihak kami akan membantu untuk meringankan bebanan keluarga ini terutamanya anak sulung Allahyarhamah khususnya dalam bidang pendidikan.
“Kami sangat mengalu-alukan pendaftaran beliau menyambung pengajian di kolej ini,’’ katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan menerusi rangkaian kerjasama KKJS dan Global Peace Melaka.
Sebelum ini, media melaporkan Allahyarhamah Noor Faradhillah, maut selepas menghantar anaknya ke sekolah dalam kejadian pagi Isnin lalu.
Mangsa yang menunggang motosikal terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Melaka-Muar, dekat sini.
Allahyarhamah meninggalkan tiga orang anak yang masih bersekolah dan seorang bayi berusia enam bulan yang kini bergantung sepenuhnya penjagaan kepada suami dan saudara terdekat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...
REALISASI IMPIAN ANAK MUDA LEBARKAN PERNIAGAAN BAULU MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 1 April - Bantuan peralatan membuat kuih antara yang akan diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya,...