Sorting by

×

MELAKA BAKAL TERIMA LEBIH 300,000 PENUMPANG KAPAL PERSIARAN

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KOTA LAKSAMANA 27 Mac – Melaka dijangka menerima lebih 300,000 pelancong menerusi persinggahan lima lagi kapal persiaran mewah di negeri ini sepanjang tahun 2025.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Nasrul Ahmad berkata persinggahan kapal-kapal baharu itu dijadual bermula April hingga Disember, dengan setiap kapal membawa ribuan penumpang dari dalam dan luar negara.

Menurutnya kehadiran kapal persiaran baharu ini akan memperkukuh lagi kedudukan Melaka sebagai destinasi pelancongan maritim utama di rantau ini.

“Tahun ini Melaka akan menerima tujuh kapal persiaran, termasuk ‘Genting Dream Cruise’ dan ‘Star Voyager’, yang akan singgah di Melaka dengan lebih kerap mengikut jadual mereka.

“Manakala, lima kapal persiaran baharu pula akan membawa lebih ramai pelancong, khususnya dari Singapura dan negara-negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pelancong kapal persiaran Star Voyager dari Singapura di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman serta Presiden Starcruise dan Dream Cruise Michael Goh.

Nasrul bekata dengan jadual yang telah ditetapkan, kelima-lima kapal persiaran baharu ini akan menghidupkan lagi sektor pelancongan di Melaka.

“Kemasukan kapal-kapal persiaran ini bukan sahaja membawa limpahan pelancong tetapi juga memberi kesan positif kepada ekonomi negeri, termasuk sektor perhotelan di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

877
Kongsi :
Previous post MELAKA SASAR 10 PENERIMA KAKI PALSU CETAKAN 3D TAHUN INI
Next post AIDILFITRI TETAP MERIAH DI KAMPUNG ORANG ASLI