
‘YB ALONG’ RAI 200 PEMIMPIN MASYARAKAT, MEDIA PADA IFTAR JAMAIE
REMBIA 27 Mac – Lebih 200 pemimpin masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia dan pengamal media Melaka diraikan pada Majlis Iftar Jamaie Bersama YB Along di Japerun Rembia, di sini, semalam.
Penyelaras Japerun Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, selain meraikan golongan kurang berkemampuan majlis itu juga bertujuan untuk menghargai rakan strategik yang banyak membantu dalam menjayakan hasrat Kerajaan Negeri khusus melibatkan aspek kabajikan rakyat Melaka.
“Kita juga menghargai rakan media yang banyak memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat terkini dan dasar Kerajaan Negeri kepada rakyat menerusi pelbagai medium.
“Pada sebelah petang Japerun Rembia bersama Yayasan TM bersama-sama menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 200 penerima terdiri daripada asnaf dan golongan sasar dalam DUN Rembia, kemudian disusuli majlis berbuka puasa bersama pemimpin tempatan dan wakil media,” katanya.
Fairul Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan berkata demikian ketika ditemui di Japerun Rembia, di sini, semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...
REALISASI IMPIAN ANAK MUDA LEBARKAN PERNIAGAAN BAULU MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 1 April - Bantuan peralatan membuat kuih antara yang akan diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya,...
KACAU DODOL SEKAMPUNG DURIAN TUNGGAL LUAR BIASA MERIAH
DURIAN TUNGGAL 1 April - Tradisi 'Kacau Dodol Sekampung' terus menyemarakkan semangat gotong-royong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal...
TRADISI ‘BARAAN’ HIDUPKAN AIDILFITRI DI KAMPUNG PAYA DALAM
AYER MOLEK 1 April - Berpeluang meraikan Aidilfitri bersama masyarakat jawa di Melaka memberikan pengalaman baharu buat Muhamad Amirul Basir...