Sorting by

×

WUJUDKAN LEBIH BANYAK KOPERASI PELANCONGAN DI MELAKA

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 27 Mac – Pemain industri pelancongan di negeri ini, dicadangkan supaya menubuhkan koperasi berkaitan sektor itu, kata Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin.

Katanya, setakat ini koperasi melibatkan sektor itu masih rendah meskipun Melaka adalah sebuah negeri pelancongan yang menerima kunjungan pelawat dalam jumlah yang tinggi terutama sepanjang tahun lalu.

“Penubuhan koperasi berasaskan pelancongan boleh dijalankan oleh pemain industri itu sendiri atau orang awam. Antara yang sesuai untuk menubuhkan koperasi adalah pengusaha inap desa atau pihak memiliki lokasi menarik sesuai bagi aktiviti pelancongan.

“Kerajaan mempunyai dana bagi membantu mereka, contoh tanah milik keluarga yang menarik tetapi terbiar boleh dibangunkan sebagai lokasi eko-pelancongan, inap desa atau tapak perkhemahan.

“Jika diuruskan menerusi koperasi mereka boleh memohon dana daripada kerajaan,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini selepas sesi walkabout di Pasar Ramadan MITC di tapak parkir Masjid Al-Alami, pada Isnin.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Amran Abd Kadir dan Pengarah SKM Melaka, Mustafa Kamal Mohd Nor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

586
Kongsi :
Previous post 900 ‘HERO’ PEMBERSIHAN MELAKA SEDIA BERKHIDMAT AIDILFITRI INI
Next post ‘LAMPU RAYA’ UNTUK ORANG MERLIMAU