
AKUAKULTUR: HASIL MENINGKAT, JANA PENDAPATAN LUAR BIASA
Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat
TANJUNG BIDARA 26 Mac – Nelayan tempatan diminta agar tidak melepaskan peluang dan bersama-sama menjayakan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperkasa, sekali gus mengembangkan lagi ekonomi akuakultur di Melaka.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, nelayan juga perlu beralih kepada penggunaan teknologi yang berpotensi memberikan hasil lumayan dan pendapatan lebih terjamin berbanding bergantung kepada kaedah menangkap ikan atau hasil laut secara tradisional ketika ini.
Malah beliau turut menyambut baik peruntukkan RM9 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi memperkasakan lagi ekonomi akuakultur negeri ini yang bakal memberikan faedah besar kepada seluruh nelayan Melaka pada masa akan datang.
“Susulan pengumuman peruntukan yang besar ini saya minta semua nelayan untuk berdaftar dengan pesatuan nelayan kawasan masing-masing, kita mahu semua nelayan memperoleh manfaat daripada inisiatif bakal dilaksanakan nanti. Kerajaan mahu membantu nelayan meningkatkan hasil menerusi ekonomi akuakultur.
“Inisiatif menguntungkan nelayan ini akan dilaksanakan, apa yang istimewa di Negeri Melaka ini adalah, jajaran dari Sungai Rambai ke Serkam adalah zon industri akuakultur yang sudah digazetkan, jadi sekarang kita sedang mencari kawasan yang sesuai di Melaka Tengah dan kawasan lain.
“Menggunakan keadah penternakan akuakultur pendapatan nelayan akan lebih terjamin, jika tidak boleh ke luar atas sebab tertentu mereka akan ada pendapatan tambahan lain,” katanya ketika ditemui pada Program Bayaran Ex-Gratia Kepada Nelayan Yang Terjejas Akibat Pembangunan Kuala Linggi International Port (KLIP) yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Dewan Japerun Tanjung Bidara, di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Low Chee Leong, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah, Pengerusi Linggi Base Sdn Bhd, YM Raja Datuk Malik Saripulazan serta Pengarah Jabatan Perikanan Melaka, Saufi Affandi Talib.
Dr. Muhamad Akmal berkata, memperkasakan ekonomi akuakultur juga antara usaha Kerajaan Negeri membantu nelayan khusus sekitar perairan Kuala Linggi yang terjejas akibat pembangunan KLIP menjana pendapatan menerusi sumbar lain.
“Kita tidak mahu selepas beri pampasan nelayan dibiarkan, sedangkan pendapatan mereka akan terjejas akibat projek pembangunan, berikutan itu kita alih fokus mereka kepada ekonomi akuakultur.
“Nelayan banyak berkorban, memberi laluan kepada pembangnan jai sebagai balasan Kerajaan Negeri bantu mereka dengan meneroka pendapatan baharu menerusi akuakultur,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
774