
SURI RUMAH, PESARA KERUGIAN LEBIH RM300,000
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata wanita berusia 54 tahun itu kerugian hampir RM186,000 manakala pesara berumur 66 tahun rugi RM163,000.
“Pengadu terima panggilan daripada nombor telefon tidak dikenali menyamar sebagai pegawai polis dan menyatakan pengadu terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.
“Mangsa diberitahu waran tangkap dikeluarkan ke atas nama mereka pada 7 hingga 22 Mac, kemudian kedua-dua pengadu membuat pindahan wang secara dalam talian sebanyak sembilan transaksi ke dalam lapan akaun bank berbeza dengan jumlah RM 349,086,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Malik berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada 6.24 petang hari sama dan siasatan awal mendapati modus operandi suspek juga sama.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAMADAN, SYAWAL TERINDAH BUAT NUR HAURA JANE
KESIDANG 31 Mac - Pengalaman pertama kali berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini memberi pengalaman amat indah buat...
PENIAGA BAZAR IKONIK BANDA HILIR UCAP TERIMA KASIH KEPADA KETUA MENTERI
BANDA HILIR 31 Mac - Meskipun keputusan Kerajaan Negeri memindahkan tapak penganjuran Bazar Aidilfitri Jalan Hang Tuah ke Banda Hilir...
PAKEJ GAMBAR RAYA ‘RAHMAH’ DI JAPERUN DUYONG
DUYONG 31 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong menawarkan pakej Rahmah 'Gambar Raya Duyong Kita' serendah RM69 sempena Hari...
AIDILFITRI ‘PENGIKAT’ SILATURAHIM
TANJUNG BIDARA 31 Mac - Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja meraikan kemenangan umat Islam selepas berpuasa sepanjang Ramadan, bahkan menjadi...
KETUA MENTERI SOLAT SUNAT AIDILFITRI BERSAMA LEBIH 500 PENDUDUK KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 31 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 500...
TYT BERSAMA 10,000 UMAT ISLAM TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 31 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...