Sorting by

×

CHARITY OUTLET JADI TUMPUAN

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 24 Mac – Pusat pengumpulan pakaian terpakai atau ‘Charity Outlet Melaka Mall’ yang diilhamkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ternyata memberi manfaat besar kepada banyak pihak khususnya golongan kurang berkemampuan.

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, inisiatif dilaksanakan mendapat maklum balas amat positif apabila pusat pakaian terletak di aras satu bangunan Melaka Mall itu sentiasa dikunjungi orang ramai datang dari seluruh Negeri Melaka.

Mengulas lanjut, Sapiah memaklumkan jumlah pengunjung semasa juga menunjukkan peningkatan dan lebih meriah berbanding berbanding tahun sebelum ini.

“Alhamdulillah kami dapat melaksanakan inisiatif yang memberikan manfaat besar kepada orang ramai, terima kasih juga kepada individu dan pihak yang tampil mendermakan pakaian, kasut serta beg. Berdasarkan rekod pengunjung yang datang ke pusat ini ada yang tinggal sekitar Alor Gajah dan Jasin.

“Kami mempelawa kepada semua yang memerlukan jangan segan atau malu untuk singgah ke Charity Outlet Melaka Mall, susulan sambutan menggalakkan Charity Outlet Melaka Mall kini beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 4 petang, ” katanya.

Menurut Sapiah, sebelum ini susulan Charity Outlet Melaka Mall beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 3 petang sahaja.

Jelasnya, Charity Outlet Melaka Mall akan beroperasi hingga 28 Mac ini, berikutan itu mereka yang berminat untuk mendapatkan pakaian terpakai yang masih dalam keadaan elok diminta untuk segera berbuat demikian.

“Semoga inisiatif dilaksanakan MPHTJ dapat membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan dan menceriakan sambutan Aidilfitri mereka kali ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

477
Kongsi :
Previous post ‘DAPUR SISWA’ POLITEKNIK MELAKA BANTU KELUARGA MEMERLUKAN
Next post PERKASA PENDIDIKAN ORANG ASLI, TINGKAT KEMASUKAN KE MRSM – JAKOA