Sorting by

×

KUTIPAN ZAKAT MENINGKAT KERANA WUJUDNYA KEPERCAYAAN

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

PANTAI KUNDOR 24 Mac – Kutipan zakat yang semakin meningkat di seluruh negara bertitik tolak daripada keyakinan dan kepercayaan orang ramai serta syarikat-syarikat terhadap institusi zakat.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, kepercayaan itu dizahirkan atas faktor wang zakat tersebut benar-benar disalurkan kepada golongan sasaran di negara ini.

“Saya sering mengatakan bahawa bila mana rakyat dan masyarakat melihat wang zakat ini benar-benar sampai kepada sasarannya iaitu golongan asnaf, maka individu atau syarikat ini akan terus yakin untuk membayar zakat.

“Sebab itu saya katakan bahawa kepercayaan sangat-sangat penting. Bila mula ada kepercayaan, maka meraka akan mula untuk membayar zakat.

“Jadi, perkara ini akan memberi tempias kepada kutipan zakat di peringkat Majlis Agama Islam seluruh negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Iftar Rantaian Kasih bersama Anak-anak Yatim dan Miskin sempena Bulan Wakaf Kebangsaan di Hotel Puteri Bay, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) Datuk Selamat Paigo dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Dr. Ridzwan Bakar.

Beliau turut mengambil contoh peningkatan kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun lalu, di mana kutipan itu meningkat hampir RM1.03 bilion berbanding tahun sebelumnya.

“Alhamdulillah, ini menunjukkan bahawa ada kesedaran dan keyakinan dalam kalangan pembayar-pembayar zakat ini sama ada individu ataupun syarikat-syarikat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

650
Kongsi :
Previous post HOTEL WAKAF PACU PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM
Next post ‘DAPUR SISWA’ POLITEKNIK MELAKA BANTU KELUARGA MEMERLUKAN